USAHAWAN KUIH KERIA 

Nama  :   Nor Saidatul Akhma Binti Yahya 
 Umur  :   33 Tahun 
 Ahli :   2014 

 

Latar belakang

Puan Saidatul Akhma merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Setelah berhenti bekerja untuk menjaga anaknya yang sering sakit, beliau memulakan perniagaan goreng pisang keju dan kuih keria di Gerai MPAG, Taman Rembia Perkasa. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Kelas Latihan Keusahawanan dan Aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop), lebih mudah untuk beliau mendapatkan maklumat dan memasarkan produk jualannya. Kedua-duanya bercadang ingin membuka akaun “Instagram” dan mengikuti kelas Intel Entrepreneur Basic pula selepas ini.

BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET DAN MENAIP

Nama   :    Muhammad Idham Bin Hasfauzilah  
Umur :    16 Tahun 
Ahli :    2016

Latar Belakang

Muhammad Idham bin Hasfauzilah berusia 16 tahun merupakan pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Beliau dan adik-beradiknya adalah pelajar mingguan kelas ICT di PI Pekan Rumbia dan aktif dalam setiap program yang dijalankan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Muhammad Idham tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas mingguan di PI Pekan Rumbia, Idham dapat mempelajari dan mengetahui cara menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul. Beliau dapat membuat semua folio dengan mudah, mencari maklumat dengan cepat dan boleh terus mencetak tanpa perlu pergi ke Pekan Alor Gajah. Selain daripada kelas pembelajaran, di PI juga beliau bersama adik-adik dan rakan-rakannya mengikuti kuiz dan program lain/bengkel selain daripada ICT.