Nama    :  Siti Alilah Binti Ali Shanan
Umur    :  26 Tahun 
Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Puan Siti Alilah binti Ali Shanan merupakan seorang  surirumah lulusan Kolej Integrasi Ilmu Kini Mempaga yang menjalankan perniagaan Rempeyek Warisan Ibu Milah, Aiskrim Malaysia dan pelbagai barangan dropship untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau juga menerima tempahan untuk sebarang acara/majlis/perayaan antaranya majlis perkahwinan dan sebagainya. Selain itu juga, beliau menjalankan perniagaan ini di rumah beliau sendiri  dan pembeli boleh datang terus ke rumah beliau atau pun boleh menempah aiskrim tersebut secara atas talian/whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Siti Alilah menggunakan membuat promosi produk jualan mereka didalam media sosial yang sedia ada. Sesekali mereka akan membuat “flyers” untuk membuat hebahan dengan menggunakan kemudahan pencetakan di Pusat Internet Pekan Rumbia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain mengemaskini akaun media sosial sedia ada, mereka yang telah diperkenalkan kepada MyShop oleh petugas PI akan datang untuk memasukkan produk-produk terkini mereka. Dengan adanya MyShop, usahawan dapat melebarkan lagi platform jualan di dalam aplikasi tersebut malah setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.

  


Nama    :  Nor Hafizah binti Basir
Umur    :  26 Tahun 
Ahli     : 2017

 

Latar belakang

Cik Nor Hafizah binti Basir merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan (UUM) dan Diploma Perakaunan (Polisas). Di samping mempunyai kerjaya sebagai Akauntan, beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara “online” bersama rakannya. Beliau menjual tudung bawal yang terdiri daripada pelbagai jenis dan corak dengan harga mampu milik terutamanya kepada golongan pelajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Cik Nor Hafizah menggunakan membuat promosi produk jualan mereka didalam media sosial yang sedia ada. Sesekali mereka akan membuat “flyers” untuk membuat hebahan dengan menggunakan kemudahan pencetakan di Pusat Internet Pekan Rumbia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain mengemaskini akaun media sosial sedia ada, mereka yang telah diperkenalkan kepada MyShop oleh petugas PI akan datang untuk memasukkan produk-produk terkini mereka. Dengan adanya MyShop, usahawan dapat melebarkan lagi platform jualan di dalam aplikasi tersebut malah setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.

                      


Nama    :  Fawziah Binti Shaharuddin
Umur    :  29 Tahun 
Ahli     :

2017

 

Latar Belakang

Puan Fawziah ialah seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan Aiskrim Malaysia di Rembia dan menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau juga menerima tempahan untuk acara/majlis antaranya majlis perkahwinan dan sebagainya. Selain itu juga, beliau menjalankan perniagaan ini di rumah beliau sendiri  dan pembeli boleh datang terus ke rumah beliau atau pun boleh menempah aiskrim tersebut secara atas talian/whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Fawziah menggunakan kaedah konvensional seperti hebahan mulut-ke-mulut dan flyers untuk membuat promosi jualan/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Ini mengambil masa dan tiada komunikasi 2 hala yang lebih pantas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fawziah datang ke PI untuk menguruskan media sosial masing-masing dan kebiasaanya mereka mencetak iklan/promosi untuk setiap produk/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Setelah mendapat tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi “MyShop” mereka boleh menggunakannya tanpa bantuan petugas.

   


Nama    :  Luqman Danial Bin Zaidi
Umur    :  12 Tahun 
Ahli     : 2017

Latar belakang

Pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Rumbia ini merupakan anak sulung dari 3 beradik. Semenjak berpindah ke Melaka beliau mendaftar sebagai ahli di PI Pekan Rumbia dan mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang dianjurkan di pusat ini. Beliau merupakan anak kepada usahawan, Puan Siti Alilah yang mana beliau sering membantu ibunya untuk mencetak iklan atau “flyers” setiap produk jualannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Luqman tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Malah ditempat tinggalnya terdahulu tiada kemudahan Pusat Internet mahupun ‘CyberCafe” untuk beliau belajar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dan Bengkel khusus yang dijalankan, Luqman dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word. Ini kerana beliau perlu mahir menggunakan perisian tersebut untuk membuat pelbagai folio dan tugasan yang perlu dihantar kepada guru sekolah terutama di dalam Frog VLE.


Nama    :  Zukri Bin Che Din
Umur    :  51 Tahun 
Ahli     :

2016

 

Latar Belakang

Encik Zukri Che Din merupakan pengguna PI Pekan Rumbia dan merupakan pengasas Tadika Pasti Al-Manar Rembia mempunyai misi untuk Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, En Zukry menggunakan kaedah konvensional seperti hebahan mulut-ke-mulut dan flyers untuk membuat promosi jualan/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Ini mengambil masa dan tiada komunikasi 2 hala yang lebih pantas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Zukry datang ke PI untuk menguruskan media sosial masing-masing dan kebiasaanya mereka mencetak iklan/promosi untuk setiap produk/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Setelah mendapat tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi “MyShop” mereka boleh menggunakannya tanpa bantuan petugas.