1) Asam Pedas Simpang Ampat
*Pelbagai asam pedas (1set)*
*Nasi Arab Mendy*
*Nasi Kukus*
Location : Asam Pedas Simpang Ampat,
TN 6, BBSE 1, Tmn Bandar Baru Simpang Empat,
78000 Alor Gajah, Melaka
Lat/Long : 2.4402 N / 102.1841 W
2) Kuih Udang Alor Gajah
Apabila anda berkunjung ke Alor Gajah, makanan yang paling popular di sini ialah kuih udang alor gajah. Kedai ini terletak di Medan Selera Pasar Menggong di tengah-tengah Pekan Alor Gajah.
Lokasi - Kedai No.1 Pasar Menggong, 78000 Alor Gajah.
Masa Operasi - Isnin - Ahad (12.00 pm - 7.30 pm)
Laman Facebook : Kuih Udang Alor Gajah
3) Air Longchan
Bagi penduduk Melaka, minuman ringan yang paling popular di musim raya ni ialah jenama Long Chan. Mungkin ramai yang tidak mengenali minuman berkarbornat ini dan jenama ini tidaklah sepopular jenama Coca-cola, Pepsi, Sprite dan lain-lain lagi. Selain itu, minuman ini didatangkan dalam beberapa perasa antaranya sarsi atau sarsaparilla, oren, ais krim soda dan perasa buah-buahan. Uniknya minuman 'old skool' ini dikilangkan dalam botol kaca dan nilai estetika botol kaca ini tiada gantinya. Kebiasaannya, memang ada pengedar-pengedar minuman ringan akan datang ke kampung-kampung untuk menawarkan minuman Long Chan dalam tong kayu. Yang menariknya airnya kurang berkarbonat berbanding lain-lain minuman di pasaran kini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Lokasi : RM 188-A, Zarina Industrial Park, Rembia, Alor Gajah, 78000, Alor Gajah, Melaka, 78000, Malaysia
No Tel : 06 - 3161958
Laman Facebook : Air Botol Long Chan