Nama    :  Nor Hafida Binti Mohd
Umur    :  37 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Hafida merupakan usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak secara runcit dan juga borong. Ramai pemborong yang mengambil pakaian daripada kedai fizikal beliau yang terletak di Taman Perindustrian Rembia. Pelbagai jenis pakaian kanak-kanak dan bayi yang dijual dengan harga yang berpatutan disamping membantu individu lain yang berminat untuk menjadi agen ByRara

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Hafida  menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Mereka juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.

  

 


Nama    :  Ida Sabrina Binti Abdullah
Umur    :  34 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Ida merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan bakeri/homade bakery di rumahnya di Taman Kelemak. Menyediakan pelbagai jenis pilihan brownies, kek, dan manisan berbentuk cenderahati. Beliau juga mengambil tempahan untuk mana-mana majlis keraian dan juga tempahan pelbagai jenis kuih raya ketika musim perayaan. Beliau juga akan menghantar sendiri tempahan kepada pelanggannya dan caj penghantaran adalah mengikut jarak dari kediaman beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Ida dan Puan Hafida  menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Mereka juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.

 


Nama    :  Zulhadi Bin Ariffin
Umur    :  38 Tahun 
Ahli     : 2017

Latar Belakang

Encik Zulhadi Bin Ariffin merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta di Melaka dan juga Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Rumbia . Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Pekan Rumbia. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan menjual Jus Durian Belanda dan isi asli buah durian belanda untuk menambahkan pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, En Zulhadi menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI, mereka telah diperkenalkan dengan satu aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) di mana mereka boleh melebarkan lagi platform jualan mereka selain dari media sosial yang sedia ada. Selain itu, dengan adanya MyShop, setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.

  


Nama    :  Nuraisyahnabihah Binti M.Azman
Umur    :  13 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Nuraisyahnabihah merupakan pelajar Tingkatan 1 di SMK Paya Rumput, Melaka. Beliau bersama abangnya mendaftar keahlian pada awal tahun ini. Mereka merupakan pelajar Kelas Mingguan di Pusat Internet Pekan Rumbia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Aisyah tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dijalankan, Aisyah dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word dan Powerpoint. Setiap tugasan yang diberikan dapat dibuat dengan baik dan turut membantu pelajar yang lain. Beliau juga rajin mengikuti setiap acara anjuran Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti, Program Lestari ICT dan sebagainya. Beliau juga aktif dalam menyertai setiap pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mengarang Artikel, Mencipta Poster dan lain-lain.


Nama    :  Nur Aqilah Syamimi Binti Zulkifli
Umur    :  19 Tahun 
Ahli     : 2015

Latar Belakang

Nur Aqilah Syamimi Binti Zulkifli ialah seorang pelajar Politeknik Melaka  dan pengguna terawal mendaftar sebagai ahli yang selalu menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Rumbia serta selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau mempunyai butik pakaian/aksesori muslimah dan barangan kecantikan - Umieana Signature, pelajar Politeknik Melaka ini memulakan perniagaan bersama rakan ibunya. Butik beliau menjual pelbagai jenis baju kurung untuk ibu dan anak, tudung/"shawl",hand-socks dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Nur Aqilah Syamimi menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI, mereka telah diperkenalkan dengan satu aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) di mana mereka boleh melebarkan lagi platform jualan mereka selain dari media sosial yang sedia ada. Selain itu, dengan adanya MyShop, setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.