Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
1. | Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan; |
2. | Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD. |
3. | Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/ merawat lepuh; |
4. | Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks; |
5. | Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan |
6. | Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas. |
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat!
Kesihatan memainkan peranan yang penting kerana individu yang sihat boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan Kerajaan Pusat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada setiap rakyat Malaysia, sentiasa memberikan tumpuan bagi memperbaharui teknologi agar perkhidmatan terkini dalam bidang perubatan dapat ditawarkan kepada warga Melaka. Sasaran Kerajaan Melaka adalah untuk memastikan perkhidmatan di hospital dan klinik negeri disediakan dengan teknologi dan peralatan tercanggih supaya perkhidmatan kesihatan di Melaka dapat diiktiraf sebagai antara yang terbaik di negara dan setaraf dengan negara-negara maju.
MATLAMAT
> Mewujudkan sebuah kampung yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dijauhi dari jangkitan penyakit.
TUJUAN
> Memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan persekitaran.
> Mengekalkan sikap suka tolong menolong diantara satu sama lain. Sikap ini boleh di terapkan melalui aktiviti gotong royong membersihkan kampung dan sebagainya.
> Memastikan penduduk kampung dalam keadaan sihat dengan mengurangkan risiko jangkitan penyakit melalui pencegahan pada peringkat awal.
Antara Klinik atau Pusat Kesihatan yang terdapat berhampiran dengan Pekan Rumbia ialah :
1) Klinik Desa Rembia
Alamat | : 205,Tmn.Bukit Rembia Alor Gajah, 78000 Alor Gajah Melaka |
No Tel | : 06-3162516 |
2) Klinik Desa Sungai Petai
Alamat | : Klinik Desa Sungai Petai Alor Gajah, 78000 Alor Gajah Melaka |
No Tel | : 06-5563168 |
3) Hospital Alor Gajah
Alamat | : Hospital Alor Gajah Alor Gajah, Melaka 78000 Alor Gajah Melaka |
No Tel | : 06-5562333 |
* Sumber dari Web Kementerian Kesihatan Malaysia (http://www2.moh.gov.my/)
Senarai Pejabat Kesihatan yang berada di daerah Alor Gajah
1. Jabatan Pesakit Luar Alor Gajah
No. Tel : 06-5566235
2. Klinik Kesihatan Masjid Tanah
No. Tel : 06-3842533
No.Faks : 06-3842985
3. Klinik Kesihatan Lubok Cina
No. Tel : 06-6966475
4. Klinik Kesihatan Durian Tunggal
No. Tel : 06-5531133
No.Faks : 06-5534007
5. Klinik Kesihatan Padang Sebang
No. Tel : 06-5547932
6. Klinik Kesihatan Simpang Empat
No. Tel : 06-5529497
7. Klinik Kesihatan Hutan Percha
No. Tel : 06-5548224
8. Klinik Kesihatan Machap Baru
No. Tel : 06-5252333
9. Klinik Kesihatan Kuala Sg Baru
No. Tel : 06-3876333
No.Faks : 06-3876233
*Sumber dari Web Melaka Bebas Asap Rokok (http://www.mbar.gov.my/)