Nama    :  Muhd Haikal Bin Azmi Rizal
Umur    :  14 Tahun 
Ahli     : 2018

 

Latar belakang

Muhd Haikal , 14 tahun seorang pelajar Tingkatan 2 Sek. Men. Keb. Dato’ Dol Said, Alor Gajah. Beliau dan rakan-rakanya sering ke PI Pekan Rumbia untuk membuat tugasan sekolah terutamanya dalam mencari maklumat di internet. Beliau juga aktif mengikuti kursus/bengkel/kelas/pertandingan yang dijalankan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Muhd Haikal tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas mingguan di PI Pekan Rumbia, Haikal dapat mempelajari dan mengetahui cara menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul. Beliau dapat membuat semua folio dengan mudah, mencari maklumat dengan cepat dan boleh terus mencetak tanpa perlu pergi ke Pekan Alor Gajah. Selain daripada kelas pembelajaran, di PI juga beliau bersama adik-adik dan rakan-rakannya mengikuti kuiz dan program lain/bengkel selain daripada ICT.

 


Nama    :  Mahat bin Bengol 
Umur    :  50 Tahun 
Ahli     : 2017 

 

KUIHGOYANG1

Latar belakang

Encik Mahat bin Bengol merupakan pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan di PI Pekan Rumbia. Beliau dan isteri/anak-anak merupakan usahawan Kuih Goyang di bawah syarikat mereka iaitu Berkat Kasih Ibu Yati Enterprise. Kuih Goyang tradisional ini dibuat sendiri oleh mereka dan dipasarkan untuk setiap acara/majlis. Tidak tertumpu kepada tempahan Hari Raya sahaja, kuih goyang boleh di jadikan sebagai buah tangan/”goodies” untuk majlis perkahwinan, cukur jambul dan sebagainya. Sehingga kini, produk jualan kuih goyang Encik Mahat telah di jual sehingga ke negara jiran, Singapura atas berkat sokongan daripada kawan-kawan beliau yang menetap di sana.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Mahat menggunakan kaedah konvensional seperti hebahan mulut-ke-mulut dan flyers untuk membuat promosi jualan/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Ini mengambil masa dan tiada komunikasi 2 hala yang lebih pantas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi Encik Mahat pula, oleh kerana kekangan masa beliau menggunakan platform MyShop melalui Aplikasi Dashboard Komuniti sahaja buat masa ini. Pihak PI banyak membantu beliau untuk mempelajari perkara asas komputer terlebih dahulu dan membantu beliau mencetak “flyers’ dan juga lain-lain percetakan untuk di tampal pada setiap balang kuih goyang. Seperti mana-mana usahawan yang melibatkan diri di PI Pekan Rumbia, setiap perniagaan/perkhidmatan yang mereka tawarkan akan ditularkan di dalam portal dan juga laman Facebook.      

KUIHGOYANG2    KUIHGOYANG1  

 Nama    :   Ahmad Faris Iskandar bin Faizal 
 Umur:    :   14 Tahun 
 Ahli    :   2015 

 

Latar Belakang

Ahmad Faris Iskandar, 14 tahun seorang pelajar Tingkatan 2 Sek. Men. Keb. Dato’ Dol Said, Alor Gajah merupakan antara pengunjung terawal yang mendaftar keahlian di sini. Beliau dan rakan-rakanya sering ke PI Pekan Rumbia untuk membuat tugasan sekolah terutamanya dalam mencari maklumat di internet. Beliau juga aktif mengikuti kursus/bengkel/kelas/pertandingan yang dijalankan di sini dan beliau merupakan salah seorang Ahli Sukarelawan PI Pekan Rumbia (Volunteer Squad).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Faris menggunakan “cyber-café” yang terletak di pekan Alor Gajah untuk menyiapkan tugasan sekolah/mencari maklumat. Namun disebabkan caj yang mahal dan tiada kelas pembelajaran, beliau mendaftar di PI bersama rakan dan juga bapanya kerana disini kemudahan yang disediakan lengkap dan caj yang murah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir menggunakan komputer dan boleh membantu rakan-rakan yang agak ketinggalan untuk menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan. Beliau antara yang ringan tulang membantu pihak PI sekiranya terdapat sebarang majlis/program/acara/bengkel yang dilakukan di PI.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Belajar asas menggunakan komputer (pengenalan kepada komputer)
  • Belajar menaip menggunakan Microsoft Office Word dan Powerpoint
  • Bengkel Animasi 2D, Bengkel Asas Robotik dan Bengkel Asas Fotografi (kerjasama dengan e-Melaka)
  • Kelas suntingan imej dan video (Windows Movie Maker, Powtoon, Photoscape)
  • Mengikuti kelas/taklimat Klik Dengan Bijak (Cyber-bully & Online Grooming)
  • Pelbagai Kuiz dan Program Cuti Sekolah (ITU 150th, Word Creative, Video Pendek)

 

 

 

Nama   :  Nor Liliwati binti Md. Isa 
Umur  :  32 Tahun 
Ahli  :  2017 

 

 23172664 1942667685748324 837893866418069424 n

Latar belakang

Puan Nor Liliwati merupakan seorang penjawat awam di Alor Gajah. Beliau menjalankan perniagaan “Suka-Suka Surprise Planner” iaitu perkhidmatan jambangan bunga coklat dan pelbagai lagi untuk membuat kejutan/hadiah/penghantaran untuk sesebuah majlis. Beliau juga mengambil tempahan jambangan bunga untuk majlis graduasi sekolah tabika, majlis harijadi dan lain-lain acara selain daripada kejutan individu. Selain daripada “surprise delivery”, beliau turut menjual Mangga Colek Viral dan “Vietnam Roll” untuk penghantaran di sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah. Beliau sering datang ke PI Pekan Rumbia untuk mengemaskini Facebook/Instagram/MyShop yang dijadikan sebagai platform jualan dan tujuan promosi (mengambil tempahan).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Liliwati menggunakan kaedah konvensional seperti hebahan mulut-ke-mulut dan flyers untuk membuat promosi jualan/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Ini mengambil masa dan tiada komunikasi 2 hala yang lebih pantas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Liliwati terdahulu telah menggunakan Facebook/Instagram untuk membuat promosi dan mengambil tempahan melalui Whatsapp. Setelah mengikuti program di PI, beliau gembira kerana platform MyShop melalui Aplikasi Dashboard Komuniti dapat menambahkan lagi jangkauan promosi jualan/perkhidmatannya. Selain daripada itu, pihak PI turut membantu untuk membuat promosi di portal PI Pekan Rumbia, Facebook Page Pekan Rumbia & Facebook Page Menarik di Alor Gajah.

23172626 1942667792414980 3940974107682740820 n 23172673 1942667522415007 8071270991033313788 n 23231176 1941562832525476 6333930342892018372 n 23172907 1942667619081664 1883092164517832231 n

USAHAWAN SAMBAL GORENG BONDA SARAH

 Nama  :   Siti Norlaila Binti Abu Hasan 
 Umur  :   28 Tahun 
 Ahli :   2016 

 

Latar Belakang

Puan Siti Norlaila merupakan surirumah sepenuh masa dan usahawan produk makanan, dropship dan lain-lain. Selain menjual nasi lemak, kuih-muih, dan menerima tempahan catering, beliau aktif mengedarkan produk beliau sendiri iaitu “Sambal Goreng Bonda Sarah”. Beliau menjualnya di sekitar Melaka, malah sudah mempunyai agen dropship sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Kelas Latihan Keusahawanan dan Aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop), lebih mudah untuk beliau mendapatkan maklumat dan memasarkan produk jualannya. Kedua-duanya bercadang ingin membuka akaun “Instagram” dan mengikuti kelas Intel Entrepreneur Basic pula selepas ini