Tarikh | : Setiap Selasa & Jumaat |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat | : PI Pekan Rumbia |
Peserta | : 24 Orang |
Tujuan
- Kelas E-Pembelajaran ini adalah untuk Pelajar Tadika Perpaduan Pekan Rumbia. Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dan setiap sesi dihadiri seramai 12 orang pelajar. Selain itu, kelas ini dijalankan pada setiap minggu untuk setiap bulan iaitu pada hari Selasa & Jumaat. Di samping itu, kelas ini bertujuan untuk mendedahkan pembelajaran atas talian kepada pelajar Tabika Perpaduan Pekan Rumbia supaya lebih interaktif.
Aktiviti
Antara modul yang dijalankan ialah
- Mengenal Huruf & Nombor
- Mewarna secara online
- Numbering Matching
- Jigsaw Puzzle
- Mouse Practice Games
Gambar Di sini
Tarikh | : 25 Mac 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 Tengahari |
Tempat | : PI Pekan Rumbia |
Peserta | : 25 Orang |
Tujuan
Bengkel Asas Robotik Siri 1/2018 ini ialah program dengan kerjasama Sektor K-Ekonomi Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai asas robotik dari segi teori dan praktikal. Selain itu, program ini turut memupuk minat para peserta terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sejajar dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dalam kerja berkumpulan.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat mengenai asas robotik oleh tenaga pengajar iaitu Encik Atiq Farhan dan Encik Riduan (Sektor K-Ekonomi Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi). Peserta juga diberikan taklimat dan praktikal tentang cara - cara memasang lego robotik dan cara untuk menggerakkan robot.
Tarikh | : 24 & 25 Feb 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : PI Pekan Rumbia |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Memberi pelajaran/pendedahan tentang pengenalan kepada Microsoft Office Word dan mempelajari teknik untuk membuat folio. Asas menaip adalah sangat penting untuk didedahkah kepada pelajar sekolah rendah kerana mereka membuat folio atau tugasan menggunakan ICT dan menghantar tugasan melalui sistem Frog VLE.
Aktiviti
Berikut adalah antara aktiviti/modul yang telah diajar kepada peserta :-
- Pengenalan Microsoft Office Word
- Latihan menaip
- Latihan membuat folio
- Menukar jenis Font, Font Color & Size Font
- Cara memasukkan gambar
Gambar Disini
Tarikh | : 2 Februari 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.30 tengahari |
Tempat | : PI Pekan Rumbia |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan
Program "KAMPUNG By GDEX" ini adalah program usahasama diantara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM), GD Express Sdn Bhd (GDEX) dan juga Pusat Internet (PI) bertujuan untuk mempromosi dan merangsang aktiviti e-dagang di kawasan luar bandar. Secara dasarnya, program ini membantu memudahkan penduduk atau komuniti yang menjalankan perniagaan atau industri kecil dan sederhana dari segi urusan logistik, dimana kami menawarkan perkhidmatan penghantaran secara cepat, termasuk menyediakan sampuk produk khas, "KAMPUNG By GDEX" yang hanya boleh di dapati di Pusat Internet (PI) sahaja. PI terpilih telah dilantik untuk menjadi Pusat Jualan GDEX ataupun "GDEX Reseller Agency". Program ini dihadiri oleh wakil setiap PI terpilih iaitu PI Pekan Rumbia, PI Taman Kelemak Jaya, PI Taman Murai Jaya, PI Taman Angkasa Nuri, PI Taman Bandar Baru, PI Taman Seri Lubuk Redan, PI Pekan Tampin dan wakil dari GDEX.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat secara oleh Puan Marmizahsalwa Ahmad Tarmizi, COO Office (Special Project Manager) secara teori dan kemudian peralatan seperti penimbang, plastik pengeposan dan lain-lain keperluan di berikan kepada setiap PI. Peserta juga ditunjukkan cara-cara secara praktikal tugasan atau pengurusan pengeposan yang perlu dilakukan kelak.
Gambar Disini
Tarikh | : 10 Januari 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : SMK Munshi Abdullah |
Peserta | : 80 Orang |
Tujuan
Memberi taklimat tentang Klik Dengan Bijak dan memberi pemahaman kepada peserta tentang keselamatan Internet (Online Grooming). Selain itu, peserta juga didedahkan mengenai etika ketika berada di atas talian serta semak sebelum sebar.
Aktiviti
- Taklimat Klik Dengan Bijak
- Aktiviti Berkumpulan
- Tayangan Video Klik Dengan Bijak
- Kuiz Spontan KDB
- Penyampaian Hadiah