Tarikh  :   14 Julai 2018
Masa :   9.30 pagi - 11.30 Pagi
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   7 Orang 

 

Tujuan 

Memberi taklimat untuk menjana pendapatan melalui program MDEC E-Rezeki.

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat oleh tenaga pengajar Pn. Saidatul Akma dan Pn. Aisyah dari PI Taman Lendu Bakti dan cara untuk menjana pendapatan melalui saluran digital.

 

Gambar di sini


Tarikh  :   14 Julai 2018
Masa :   9.00 pagi - 1.00 Tengahari
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   77 Orang 

 

Tujuan

Mempromosikan kepelbagaian fungsi Pusat Internet, taklimat  dan cara muat turun/penggunaan Dashboard Komuniti, taklimat Klik Dengan Bijak/Sebenarnya.my, Kempen “Mobile E-Waste”, Taklimat E-Rezeki dan lain-lain lagi dengan kerjasama agensi lain seperti Lembaga Tabung Haji Masjid Tanah, Kospen Kg Taboh Naning, Tadika Perpaduan dan lain-lain lagi.

Aktiviti

- Taklimat Dashboard Komuniti

- Taklimat E-Rezeki

- Taklimat KDB/Portal Sebenarnya.my

- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

- Kempen Mobile E-Waste

- Kuiz Dahsboard/KDB

- Pemeriksaan Kesihatan MyHealth

- Pemeriksaan Tekanan Darah Dan Gula Dalam Darah Kospen

- Kaunter Tabung Haji

- Cabutan Bertuah

 

Gambar Di sini


Tarikh  :   12 Mei 2018
Masa :   9.00 pagi - 5.30 Petang
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   30-40 Orang 

 

Tujuan

Program Temuduga Terbuka ini adalah program kerjasama antara pihak PI Pekan Rumbia dan Pihak Kolej Syuen yang bertujuan untuk mencari pelajar baru bagi pengambilan sesi 2018. Program ini dibuka untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Diploma. Kolej Syuen menawarkan beberapa kursus antaranya ialah Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Pengurusan Penguatkuasaan dan juga Pengurusan Hotel.

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat oleh pihak Kolej Syuen tentang latar belakang Kolej Syuen dan syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan pelajar sesi 2018. Selepas itu, peserta diminta untuk melengkapkan maklumat peribadi dan maklumat pendidikan (SPM) dan sesi temuduga bagi peserta yang layak.

 

Gambar Disini


Tarikh  :   25 Jun 2018
Masa :   10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   5 Orang 

 

Tujuan

Memberi taklimat tentang Aplikasi Dahboard Komuniti kepada peserta dan cara untuk memuat turun serta menggunakan aplikasi tersebut. 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat tentang cara untuk memuat turun aplikasi serta fungsi bagi setiap modul yang terdapat dalam Aplikasi Dashboard Komuniti. Selain itu peserta juga diajar cara - cara untuk menyertai pertandingan Dashboard Komuniti yang terdapat dalam aplikasi tersebut.

 

Gambar Disini


Tarikh  : Setiap Selasa & Jumaat
Masa : 11.00 pagi - 12.00 Tengahari 
Tempat : PI Pekan Rumbia  
Peserta : 24 Orang 

 

Tujuan

  1. Kelas E-Pembelajaran ini adalah untuk Pelajar Tadika Perpaduan Pekan Rumbia. Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dan setiap sesi dihadiri seramai 12 orang  pelajar. Selain itu, kelas ini dijalankan pada setiap minggu untuk setiap bulan iaitu pada hari Selasa & Jumaat. Di samping itu, kelas ini bertujuan untuk mendedahkan pembelajaran atas talian kepada pelajar Tabika Perpaduan Pekan Rumbia supaya lebih interaktif.

 

Aktiviti

Antara modul yang dijalankan ialah

   - Mengenal Huruf & Nombor

   - Mewarna secara online

   - Numbering Matching

   - Jigsaw Puzzle

   - Mouse Practice Games

 

   Gambar Di sini