Tarikh | : 18 November 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Tempat | : PI Pekan Rumbia |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan
-
Memberi taklimat kepada para peserta tentang keselamatan Internet (Online Grooming). Selain itu, peserta juga didedahkan mengenai etika ketika berada di atas talian serta semak sebelum sebar dan dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai etika, panduan dan aduan ketika berada di atas talian.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat secara teori dan diselangi dengan tayangan video mengenai topik yang diterangkan. Selepas penerangan diberikan, peserta diberikan soalan kuiz secara online memastikan apa yang disampaikan oleh petugas difahami dengan baik oleh mereka.
Tarikh | : 18 November 2018 |
Masa | : 8.00 pagi - 1.00 tengahari |
Tempat | : PI Pekan Rumbia |
Peserta | : 104 Orang |
Tujuan
-
Program ini adalah untuk memperkenalkan pusat internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama pi dengan komuniti tempatan, MPKK,NGO, agensi dan lain-lain demi mencapai matlamat melahirkan komuniti yang sihat. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang mesra ict dan penggunaan teknlogi dalam menjaga persekitaran yang bersih.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah
- Berjalan 1000 langkah
- Pemeriksaan Kesihatan
- Ceramah Keselamatan & Asas Pertolongan Cemas
- Dashboard Komuniti
- Aktiviti Fizikal (Timbang Bola, Sepak Bola, Fun Dart)
- Kuiz Online Kahoot
- Pameran dan Jualan Produk Usahawan
- Cabutan Bertuah
Tarikh | : 23 September 2018 |
Masa | : 11.00 pagi - 1.00 tengahari |
Tempat | : PI Pekan Rumbia |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Memberi pelajaran/pendedahan tentang pengenalan kepada Microsoft Office Word dan mempelajari teknik untuk membuat folio. Asas menaip adalah sangat penting untuk didedahkah kepada pelajar sekolah rendah kerana mereka membuat folio atau tugasan menggunakan ICT dan menghantar tugasan melalui sistem Frog VLE.
Aktiviti
Berikut adalah antara aktiviti/modul yang telah diajar kepada peserta :-
- Pengenalan Microsoft Office Word
- Latihan menaip
- Latihan membuat folio
- Menukar jenis Font, Font Color & Size Font
- Cara memasukkan gambar
Tarikh | : Setiap Selasa & Jumaat |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : PI Pekan Rumbia |
Peserta | : 24 Orang |
Tujuan
- Kelas E-Pembelajaran ini adalah untuk Pelajar Tadika Perpaduan Pekan Rumbia. Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dan setiap sesi dihadiri seramai 12 orang pelajar. Selain itu, kelas ini dijalankan pada setiap minggu untuk setiap bulan iaitu pada hari Selasa & Jumaat. Di samping itu, kelas ini bertujuan untuk mendedahkan pembelajaran atas talian kepada pelajar Tabika Perpaduan Pekan Rumbia supaya lebih interaktif.
Aktiviti
Antara modul yang dijalankan ialah
- Mengenal Huruf & Nombor
- Mewarna secara online
- Numbering Matching
- Jigsaw Puzzle
- Mouse Practice Games
Tarikh | : 16 Ogos 2018 |
Masa | : 8.30 pagi - 11.30 Pagi |
Tempat | : SK Belimbing Dalam |
Peserta | : 80 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan portal Sebenarnya.my, Klik Dengan Bijak, Online Grooming, Cyber Bully dan Cyber Stalking kepada para pelajar. Ia dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai etika, panduan dan aduan ketika berada di atas talian.
Aktiviti
penerangan secara teori diberikan dan diselangi dengan tayangan video mengenai topik yang diterangkan. Peserta akan di berikan soalan kuiz untuk memastikan apa yang disampaikan oleh petugas difahami dengan baik oleh mereka.