Tarikh  : 25 Mac 2018 
Masa : 10.00 pagi - 1.00 Tengahari 
Tempat : PI Pekan Rumbia  
Peserta : 25 Orang 

 

Tujuan

Bengkel Asas Robotik Siri 1/2018 ini ialah program dengan kerjasama Sektor K-Ekonomi Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai asas robotik dari segi teori dan praktikal. Selain itu, program ini turut memupuk minat para peserta terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sejajar dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dalam kerja berkumpulan.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat mengenai asas robotik oleh tenaga pengajar iaitu Encik Atiq Farhan dan Encik Riduan (Sektor K-Ekonomi Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi). Peserta juga diberikan taklimat dan praktikal tentang cara - cara memasang lego robotik dan cara untuk menggerakkan robot.

 

Gambar Disini