Kelas Microsoft Word untuk pelajar sekolah rendah terutama kepada pelajar dari tahun 5 - 6. Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar untuk membuat muka depan untuk folio mereka.
Tarikh : 24 Januari 2015
Masa : 11.00 am - 1.00 pm
Kelas Microsoft Word khusus untuk pelajar sekolah rendah. Kelas ini dijalankan setiap minggu pada hari Ahad bertujuan untuk memahirkan mereka dalam membuat folio, memasukkan gambar dan sebagainya.
Tarikh : 17/01/2016
Masa : 11.00 am
Tempat : PI Pekan Rumbia
Kelas ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang pembuli siber yg berada dalam internet. Peserta juga didedahkan tips-tips untuk mencegah dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pembuli siber.
Tarikh : 21 September 2015
Masa : 12.00 pm - 1.00 pm
Tempat : PI Pekan Rumbia
Program Kesedaran MCMC yang dianjurkan oleh pihak SKMM bertempat di Padang Komuniti Taman Bandar Baharu, Masjid tanah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya sukaneka, permainan dalam talian, pameran agensi kerajaan & swasta, pemeriksaan kesihatan, gerai jualan dan banyak lagi. Selain itu juga, program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada penduduk setempat di mana aplikasi ini membolehkan penduduk setempat memeriksa kesihatan, membuat aduan, menghebahkan aktiviti-aktiviti setempat dan sebagainya.
Tarikh : 28 November 2015
Masa : 8.30 pg - 6.00 ptg
Tempat : Taman Bandar Baru, Masjid Tanah
I-Health Day ini dijalankan berkonsepkan Hari Terbuka PI, tujuannya ialah untuk mempromosikan PI kepada komuniti setempat kerana PI ini baru sahaja beroperasi di tempat baru. Pelbagai aktiviti di jalankan semasa program ini dijalankan.
Tarikh : 4 Ogos 2015
Masa : 10:00 am - 4:00 pm
Tempat : PI Pekan Rumbia / Balairaya Pekan Rumbia
Aktiviti : - Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (Tabika Perpaduan)
- Taklimat Klik Dengan Bijak
- Jamuan raya
- Kuiz ICT, Teka Silangkata, Word Search
- Cabutan bertuah
- Penyampaian hadiah