Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan untuk mempromosi aplikasi dashboard komuniti, kempen klik dengan bijak dan kepelbagaian fungsi PI beserta perkhidmatan yang ditawarkan, ianya juga dapat merapatkan pihak PI dengan penduduk/komuniti tempatan dengan penganjuran pelbagai aktiviti bersama.

 

 

 

Kelas-kelas  yang dijalankan sepanjang bulan Februari 2016 adalah seperti, latihan menaip, Microsoft Office Word, E-Pembelajaran dan sebagainya.

 

 

 

 

Pada Cuti Sekolah Bulan Mac 2016 yang lepas, Pusat Internet telah menganjurkan kelas pembelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas pembelajaran tersebut merangkumi beberapa modul dan subjek, antaranya ialah Celik netbook, Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer, Klik Dengan Bijak, Kelas Insentif Mecipta Email & Karangan Bahasa Inggeris dan Kelas Suntingan Imej menggunakan Photoscape. Kelas ini bertujuan supaya pelajar-pelajar tersebut dapat memanfaatkan cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang dunia ICT.

Pemberian sumbagan bantuan banjir kepada penduduk Kg Rembia yang terlibat dengan bencana banjir. Sumbangan ini diberikan oleh Ahli Parlimen Alor Gajah iaitu Y.B Datuk Nai Kwong Koh dan ADUN Kawasan Rembia iaitu Y.B Datuk Hajjah Norpipah Binti Abdol.