Maklumat Karnival seperti dibawah :-
Tarikh |
: 24 November 2017 (Jumaat) |
Masa |
: 9.00 pagi - 4.30 petang |
Tempat |
: Grand Ballroom, Aras 2 Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral No. 5 Jalan Stesen Sentral 50470 Kuala Lumpur |
Perasmi |
: YBhg. Dato' Mohd Jeffrey bin Joakim Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia |
* Sekiranya ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Puan Norafiza binti Abd. Fattah 03-8886 5144 atau
Puan Siti Hawa binti Adam ditalian 03-8886 5145.
Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah dan mengandungi 3 buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66, 302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.
Antara salah satu mukim ialah mukim Rembia. Rembia adalah sebuah kampung tradisional yang terletak 8 km dari Bandar Alor Gajah dan 17 km dari Bandar Melaka. Kg Rembia berasal dari nama pokok rumbia yang satu ketika dahulu banyak terdapat di kawasan penempatan awal kampung ini. Kini Kg. Rembia terletak dalam DUN Rembia dan dalam Parlimen Alor Gajah. Ahli Parlimen Alor Gajah ialah YB Tuan Haji Adly Bin Zahari dan ADUN Rembia ialah YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis.
Ahli Parlimen Alor Gajah
YB Tuan Haji Adly Bin Zahari
ADUN Rembia
YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis
Populasi Penduduk
1. Bilangan penduduk mengikut jantina :
Lelaki | 3343 |
Perempuan | 3212 |
Jumlah | 6555 |
2. Pecahan mengikut umur :
Umur | Jumlah |
0 - 14 Tahun | 1545 |
15 - 64 Tahun | 4538 |
65 dan keatas | 472 |
3. Pecahan mengikut etnik :
Kaum | Jumlah |
Melayu | 4132 |
Cina | 1577 |
India | 807 |
Lain-lain | 39 |
Sumber : Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (pdtag.gov.my)