Nama    :  Aqilah Syazreen Binti Mohd Sangit
Umur    :  31 Tahun 
Ahli     : 2023

Latar Belakang

Cik Aqilah merupakan seorang graduan Ijazah Sajana Muda yang menjalankan perniagaan dengan membuat Gift Box & Bouquet serta surprise delivery untuk majlis konvokesyen, harijadi dan sebagainya . Beliau juga menerima tempahan  kek marble untuk majlis-majlis rasmi dan kenduri. Selain itu juga, beliau juga seorang guru tuisyen di Pusat Tuisyen dan Mengaji As-Saniah yang mengajar subjek Asas Jawi dan Mengaji Al-Quran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Cik Aqilah menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan beliau Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di NADI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti Tiktok Shop dan sebagainya. Beliau juga kurang mahir dalam teknik untuk mengambil dan menyunting gambar produk untuk kelihatan lebih menarik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menghadiri beberapa kelas keusahawanan yang dijalankan di NADI, kini Cik Aqilah lebih mahir dalam teknik untuk memasarkan produknya dengan lebih luas menerusi beberapa platform jualan yang lain. Selain itu, Cik Aqilah juga mengetahui teknik untuk mengambil dan menyunting gambar produk untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.